Wednesday, August 3, 2011

TipS PUasa untuk Ibu Menyusu & MenganduNG



Puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.

Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-






Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
• Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
• Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
• Terasa loya dan ingin muntah.
• Rasa menggigil.
• Berasa lemah dan sakit otot.
• Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:

• Pergerakan bayi yang tidak normal.
• Berlakunya kontraksi.

Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

• Banyakkan pengambilan cecair.
• Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
• Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
• Mengambil vitamin C.
• Berehat secukupnya.

Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:

1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
4. Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
5. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
6. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
7. Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat, dan sebagainya.
8. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
9. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
13. Pam susu sebelum sahur.
14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
16. Ambil milk booster jika perlu.
17. Elakkan terlalu penat.
18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.

Jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh, bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung/menyusu) kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh-Nya, hak anak lebih diutamakan. Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.
Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!


sumber : blog MySuperKids